Wednesday, July 27, 2011

Sekadar berkongsi maklumat


ASSALAMUALAIKUM

Sangat berguna untuk anda semua...

Untuk dikongsikan bersama. Mudah-mudahan ada manfaatnya..
statement asal ini dari email oleh seorang Pakar Farmasi..

Hari ini saya ingin kongsikan bagaimana untuk kita mengenal pasti
ubat-ubatan yang mengandungi sumber khinzir.
Satu cara yang paling penting ialah dengan membaca label pada produk
ubat tersebut.

Tapi... macam mana kita nak tahu kalau kita tak paham istilah-istilah
sains yang sering digunakan pada label ubat?

Dalam Bahsa Melayu, perkataan Babi atau Khinzir jelas menggambarkan
haiwan berkaki empat ini sama ada daging babi, bulu babi ataupun kulit
babi. Tetapi di dalam bahasa Inggeris, kita mungkin terkeliru dengan
pelbagai istilah yang digunakan untuk menggambarkan haiwan ini.
Contohnya:

1. Pork : Istilah yang digunakan untuk daging babi di dalam masakan.

2. Swine : Istilah yang digunakan untuk keseluruhan kumpulan spesis
babi.

3. Pig : Istilah umum untuk seekor babi atau sebenarnya bermaksud babi
muda, berat kurang 50kg.

4. Hog : Istilah untuk babi dewasa, berat melebihi 50kg.

5. Porcine : Istilah yang digunakan untuk sesuatu yang berkaitan atau
berasal dari babi. Porcine sering digunakan di dalam bidang perubatan
untuk menyatakan penggunaan sumber yang berasal dari babi.

6. Boar : Babi liar

7. Sow : Istilah untuk babi betina dewasa yang jarang digunakan.

8. Sow Milk : Susu BAbi

dan ada pelbagai istilah lagi...

Daripada pelbagai istilah Bahasa Inggeris yang menggambarkan haiwan
babi, istilah Porcine sering digunakan dalam bidang perubatan atau
label ubat. Mungkin ramai orang Islam yang tidak mengetahui bahawa label
yang bertulis "This product contain substance from porcine"
bermaksud "Produk ini mengandungi bahan dari babi", atau label yang
menyatakan "The source of gelatin capsule is porcine" bermaksud
"Kapsul dari gelatin babi".

Tuesday, July 26, 2011



RAMADHAN KEMBALI...

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi yang mempertemukan kita dengan bulan Ramadhan yang mulia. Tetamu Allah yang cuma datang setahun sekali. Ramadhan kali ini sebenarnya berbeza dengan Ramadhan yang lalu kerana usia kita semakin bertambah. Mungkin tahun lepas jumlah tanggungan kita lebih kurang dari tahun ini dan mungkin tahun hadapan tanggungan kita akan bertambah lagi ataupun menjadi semakin kurang. Semuanya ketentuan ALLAH. Sebab itulah kita sepatutnya lebih merasai kehangatan Ramadhan kali ini dengan menambahkan amalan dan kebaikan berbanding dari Ramadhan sebelumnya.Ambillah peluang Ramadhan yang tiba pada tahun ini, kerana besar kemungkinan kita tidak akan menemuinya pada tahun hadapan.

"Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan, akan diampunkan segala dosa-dosanya yang terdahulu." ( Riwayat al-Bukhari dan Muslim )

" Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azza Wajalla berkata: " Melainkan puasa, kerana ianya untuk-Ku dan Aku sendiri yang akan membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku." Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan: kegembiraan berbuka puasa dan kegembiraan ketika menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang yang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi di sisi Allah S.W.T" ( Riwayat al-Bukhari dan Muslim )

Sedarkah kita menjalani ibadah puasa dapat melatih diri dan membentuk sifat-sifat terpuji. Antaranya:

* sifat ikhlas
* Kekentalan jiwa
* Sabar
* Memelihara fizikal
* Prihatin dan belas kasihan
* Membuka hijab antara diri dengan Allah
* Mengenali erti kejayaan sebenar
* Rasa belas dan lemah lembut
* Memperkukuhkan kesatuan ummah
* Merapatkan hubungan dengan alam
* Menjaga masa
* Kesihatan tubuh badan

Sunday, July 24, 2011

KEISTIMEWANYA DAN KELEBIHAN SEORANG YANG BERNAMA WANITA...



*Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya, Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

*Wanita yang memerah susu binatang dengan "Bismillah", akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

*Wanita yang mengauli tepung gandum dengan "Bismillah", Allah akan berkati rezekinya.

*Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai Baitullah.

*Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

*Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

*Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

*Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

*Jika wanita melayani suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

*Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

*Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

*Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak.

*Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

*Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah, akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

*Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqomah kerana Allah.

Wallahu'Alam.

Friday, July 22, 2011

KEISTIMEWAAN SERTA KEAJAIPAN KAABAH.....



Jelas, Kaabah bukan sekadar kiblat tetapi juga sebagai pusat tumpuan
manusia dalam urusan dunia atau kehidupan. Contoh yang paling mudah sekali,
tentu anda ada stesen televisyen berbayar iaitu Astro. Pastinya setiap Astro
ada 'piring para bola' untuk menerima maklumat yang dipancarkan dari
satelit. Untuk mendapatkan siaran yang jelas, piring itu akan dihalakan ke
arah Kiblat atau Kaabah. Kalau tidak percaya cuba tengok balik piring Astro
di bumbung anda menghadap ke mana?

KENAPA BEGITU? Mudah saja jawapannya Mekah adalah pusat bumi. Sama ada
percaya atau tidak jawapannya mudah ditemui semasa kali pertama Neil
Armstrong menjejakkan kaki ke bulan pada 20 Julai 1969. Di dalam satu temu
bual di stesen TV Al Majid, Arab Saudi, Dr. Abd Al-Baset Al-Sayyed dari
pusat Penyelidikan Kebangsaan Mesir mengulas, angkawasan pertama itu telah
membuktikan, Mekah adalah pusat bumi.

Katanya ia telah dibuktikan secara saintifik semasa Neil Armstrong di dalam
perjalanan ke bulan. Ketika itu dia berjaya mengesan satu radiasi yang
dipancarkan dari bumi. Radiasi itu di dalam gelombang pendek. Situasi itu
sesuatu yang pelik dan mereka cuba mencari jawapan dan membuat penelitian.
Akhirnya mereka berjaya mengesan bahawa radiasi itu dipancarkan dari Mekah
atau secara tepatnya dari Kaabah.

"Yang paling mengejutkan radiasi itu bersifat infiniti (tidak
berpenghujung). Apabila Armstrong menjejakkan kaki ke Marikh, radiasi itu
masih boleh dikesan. Radiasi itu mempunyai sifat yang istimewa dan paling
penting ia infiniti. Saya percaya inilah yang menhubungkan Kaabah di bumi
dengan Kaabah di alam akhirat.

"Bayangkan anda berada di kutub utara dan saya berada di kutub selatan,di
tengah-tengah adalah zon keseimbagan magnet atau zon magnetisme sifar dan
itulah Mekah. Kalau hendak dibuktikan boleh. bawa kompas ke Kaabah dan anda
dapati jarum kompas itu tidak akan bergerak. Ini bermakna Kaabah adalah zon
magnetisme sifar. Tarikan untuk ke dua-dua medan adalah sama kuat.

Hal sedemikian katanya, turut memberi kesan pada kesihatan dan umur
seseorang. Sebab itulah orang yang tinggal di Mekah lebih sihat dan panjang
umur. Tekanan graviti yang tertumpu di kawasan itu memberi kesan pada
peredaran darah dan pergerakan biologi kehidupan.

"Ini telah dibuktikan bahawa ia boleh memberi kesan pada hemoglobin untuk
membawa darah yang mengandungi oksigen ke seluruh tusi badan. Bermakna bila
anda berada di Mekah, keupayaan darah untuk membawa oksigen ke seluruh tisu
badan secara semula jadi jauh lebih baik berbanding tempat lain di dunia
ini," jelasnya

Pelbagai bukti saintifik dari kajian para saintis juga telah membuktikan
bahawa Kaabah berada di "Centre of the earth". Jika anda berkesempatan ke
Mekah Al-Mukaramah cuba bawa kompas ke arah Kaabah dan lihat jarum kompas
tersebut tidak akan menunjuk mana-mana arah sama Barat, Timur, Selatan atau
ke mana-mana arah kerana Kaabah sememangnya berada di pusat atau
ditengah-tengah bumi. Neil Amstrong juga mengesahkan fakta ini.

Maha Kaya Allah, dengan hanya melakukan Tawaf kesihatan kita akan bertambah
baik. Tidak hairanlah jika ramai yang mengetahui rahsia ini sentiasa
merindui untuk ke Mekah... Bagi yang bukan Islam kaji-kajilah fakta ini dan
anda pasti akan mendapat kebenaran-Nya. Marilah kita belajar ilmu dan
mengkaji Islam yang amat indah ini..

Thursday, July 21, 2011

KISAH MALAM PERTAMA UNTUK RENUNGAN KITA


Satu hal sebagai bahan renungan Kita...

Untuk merenungkan indahnya malam pertama

Tapi bukan malam penuh kenikmatan duniawi semata

Bukan malam pertama masuk ke peraduan Adam Dan Hawa

Justeru malam pertama perkawinan kita dengan Sang Maut

Sebuah malam yang meninggalkan isak tangis sanak saudara

Hari itu... mempelai sangat dimanjakan



Mandipun...harus dimandikan

Seluruh badan Kita terbuka....

Tak ada sehelai benangpun menutupinya. .

Tak ada sedikitpun rasa malu...

Seluruh badan digosok dan dibersihkan

Kotoran dari lubang hidung dan kemaluan dikeluarkan

Bahkan lubang-lubang itupun ditutupi kapas putih...

Itulah sosok Kita...

Itulah jasad Kita waktu itu...



Setelah dimandikan kita akan dilapkan.. ,

Kitapun akan dipakaikan gaun cantik berwarna putih

Kain itu ....jarang orang memakainya..

Kerana sangat terkenal bernama Kafan

Wangian ditaburkan kebaju Kita...

Bahagian kepala..,badan. .., dan kaki diikatkan

Tataplah.... tataplah. ..itulah wajah Kita

Keranda pelaminan... langsung disiapkan

Pengantin bersanding sendirian...



Mempelai diarak keliling kampung yang dihadiri tetangga

Menuju istana keabadian sebagai simbol asal usul

Kita diiringi langkah longlai seluruh keluarga

Serta rasa haru para handai taulan

Gamelan syahdu bersyairkan adzan dan kalimah Dzikir

Akad nikahnya bacaan talkin Berwalikan liang lahat..

Saksi-saksinya nisan-nisan. . yang telah tiba duluan

Siraman air mawar.. pengantar akhir kerinduan




Dan akhirnya.... tiba masa pengantin..

Menunggu dan ditinggal sendirian,

untuk mempertanggungjawabkan seluruh langkah kehidupan

Malam pertama yang indah atau meresahkan..

Ditemani rayap-rayap dan cacing tanah

Dikamar bertilamkan tanah..

Dan ketika setelah 7 langkah pergi....

menangislah kita sekuat-kuatnya agar tidak ditinggalkan

Sang Malaikat lalu bertanya.

Kita tak tahu apakah akan mem peroleh Nikmat Kubur ...

Ataukah Kita akan memperoleh Siksa Kubur .....

Kita tak tahu... Dan tak seorangpun yang tahu....

INSAFLAH SELAGI KITA MASIH BERNYAWA.........

SENARAI PERSIAPAN DAN PERLAKSANAAN PUASA



1) Niatkan rasa sukacita kita dalam hati akan kedatangan bulan suci Ramadhan,
“Barang siapa yang dihatinya merasa gembira akan kedatangan bulan
Ramadhan, maka Allah haramkan jasadnya untuk masuk neraka” – Al-hadith

2) Memohon ma’af kepada kedua orang tua, suami/isteri, anak, saudara dan
para sahabat atau kerabat anda, dimana setiap hari anda berhubungan
dengannya, lupakan kesalahan saudara Muslim anda yang pernah terjadi
selama anda berhubungan

3) Bersihkan pakaian taqwamu dari hadas, najis mahupun penyakit hati (iri,
dengki, hasad, hasut, tamak, haloba, sombong, mencela, dendam,
berbohong) sebelum , ketika menjalankan ibadah puasa mahupun
sesudahnya

4) Niatkan dalam hati untuk melaksanakan ibadah puasa ini dengan penuh
kesungguhan dan sekuat tenaga untuk mejalankan juga ibadah – ibadah
nafila (tambahan)

5) Tingkatkan Iman dan Taqwa, Selenggarakan & hadiri majlis ilmu Islam
ditempat anda.

6) Perbanyak membaca dan memahami Al-Qur’an Al-Karim, kalau mampu
upayakan khatam 1 (satu) Juz selama ibadah puasa dan jadikan amalan
dalam hidup setelah Ramadhan berlalu

7) Lakukan aktiviti biasa anda sehari-hari dan tingkatkan kualitinya selama
Ibadah puasa, tinggalkan perbuatan maksiat dan perbuatan yang sia-sia
tanpa nilai pahala

8) Tingkatkan amar ma’ruf nahi munkar, saling nasihat menasihati di jalan Allah
dan perbayak bersabar.

9) Usahakan anda beri’tikaf ( berdiam diri / menginap di dalam Masjid untuk
memperbanyak kegiatan ibadah) selama 10 (sepuluh) hari terakhir
Ramadhan, sesuai sunnah Rasulmu

10)Ingatlah, bukan pakaian yang baru yang diterima disisi Allah SWT tetapi
kebagusan ibadah kita yang utama.

Wednesday, July 20, 2011

RUKUN ISLAM DAN TONGGAK UTAMANYA


Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn 'Umar ibn al-Khatthab ( رضي الله عنهما ) beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: lslam itu teribna atas lima perkara: Naik saksi mengaku bahawa sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Muhammad itu adalah Utusan Allah, Mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, mengerjakan haji ke baitulLah dan menunaikan puasa pada bulan Ramadhan.
Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan al-lmam Muslim

PENERANGAN HADIS:

1. Islam di bina di atas lima rukun. Sesiapa yang mengingkari salah satu darinya, maka ia bukanlah muslim dalam erti kata yang sebenarnya. Lima perkara tersebut menjadi tiang dan pasak kepada binaan islam. Jika tidak, sudah pasti binaannya tidak kukuh.

2. Susunan rukun Islam di dalam kenyataan hadith ini adalah mengikut kepentingannya.

3. Pengertian kalimah syahadah (kesaksian): Lailaha illallah ialah tiada tuhan yang sebenar-benarnya disembah melainkan Allah. Pengertian Muhammad adalah pesuruh Allah ialah taat kepada perintahnya, mengakui kebenaran yang disampaikannya, menjauhi perkara larangannya, dan beribadat kepada Allah mengikut ketetapan syariat.

4. Seseorang tidak dikira menganut islam melainkan dengan ucapan kalimah syahada. terdapat tujuh syarat membuktikan pengucapan kalimah ini berguna, iaitu: Berilmu tanpa jahil, yakin tanpa ragu, patuh tanpa ingkar, ihklas tanpa syirik, benar tnapa dusta, kecintaan kerananya dan bermusuhan kerananya.

5. Solat adalah rukun Islam yang terbesar selepas ucapan kalmah syahadah. Selain itu, rukun islam merangkumi memberi zakat kepada orang yang berhak, puasa di bulan Ramadhan, dan menunaikan Haji di Baitullah.

Tuesday, July 19, 2011

MENGATASI MASALAH BADAN LESU DAN LETIH


Allah SWT berfirman yang bermaksud : “Dan Dialah Tuhan yang menjadikan malam untuk kamu sebagai pakaian dan menjadikan tidur untuk berhenti rehat serta menjadikan siang untuk keluar mencari rezeki.” (al-Furqaan : 47)
Terjemahan ayat di atas menjelaskan bahawa tubuh badan manusia mempunyai sistemnya yang tersendiri yang dikenali sebagai pusingan biologi atau biological rhythm. Sistem inilah menyebabkan kita mengantuk dan kurang bertenaga pada waktu malam dan cergas pada waktu siang. Ia dikawal oleh hormon-hormon. Justeru itu, kita perlu memahami cara sistem ini bekerja dan bijak memanfaatkannya. Tetapi bagaimana pula kalau seseorang yang sentiasa mengantuk tak kira siang atau malam?

Amalkan tip-tip dibawah yang mana mungkin boleh membantu kita semua :

1. Sebelum tidur, pastikan diri anda dalam keadaan bersih. Basuh dulu bahagian muka, tangan dan kaki. Bagi anda yang beragama Islam, sebaiknya ambillah wudhu’ yang sempurna sebelum tidur.

2. Elakkan tidur terlalu lewat. Paling lewat pun, sebelum pukul 12 anda dah tidur. Lagipun, ia memang tak baik untuk kesihatan. Tidur lewat ini boleh menambah berat badan.

3. Setelah anda tersedar dari tidur, lakukan senaman ringan di atas katil. Gerakkan bahagian-bahagian badan anda sebelum turun dari katil. Ambillah masa dalam 2 hingga 5 minit pun dah mencukupi.

4. Cuci muka dan kelopak mata anda dengan menggunakan air suam. Kalau nak senang, anda simpanlah air yang dijerang pada sebelah malam tu dalam thermos. Bila pagi, anda campurkannya sikit dengan air biasa dan terus gunakannya.

5. Bagi anda yang beragama Islam, ambillah wudhu’ dan tunaikan solat Subuh.

6. Anda minum dulu segelas air masak sebelum bersarapan.
Tapi jangan pula anda terus minum air masak tu sejurus selepas bangun.

7. Ketika dipejabat atau ditempat kerja ambil sedikit masa untuk bangun dari kerusi dengan berjalan-jalan tanpa menghiraukan soal kerja seketika. Cukuplah sekadar lima minit untuk mengalihkan perhatian pasal kerja.

8. Buang perasaan MALAS untuk kebilik air bagi membasuh muka. Kadang kita banyak melayan perasaan malas Yang membuatkan badan terus lesu dan mengantuk.

9. Elakan makan yang berlebihan atau terlalu kenyang. Sesuai dengan Sunnah Nabi, "makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang". Ini bukan bermaksud kita mesti meninggalkan makanan sebelum habis dimakan, tetapi kena bijak mengagak kadar makanan kita agar tidak berlebihan.

10. Dimasa habis dari waktu kerja, buat aktiviti-aktiviti yang boleh menghilangkan rasa mengantuk seperti bersukan, membuat kerja-kerja rumah dan sebagainya.

Insyaallah dengan sedikit panduan yang tidak seberapa ini akan menolong masalah yang kita hadapi selama ini... SELAMAT BERAMAL....

Monday, July 18, 2011

Spinning

Friday, July 15, 2011

Nisfu Sya`ban


Bulan Sya`ban, keagungan malamnya dengan malam nisfu Sya`ban, sepertimana keagungan Rejab dengan malam Israk Mikrajnya, dan keagungan Ramadhan dengan malam Lailatul Qadarnya. Maka pada malam Nisfu Sya`ban telah datang Jibril kepada Rasul s.a.w lalu katanya: Angkat kepalamu kelangit, itulah malam yang dibukakan Allah padanya tiga ratus pintu rahmat dan diampunkan Allah sekalian orang yang tiada menyekutukan (syirik) dengan-Nya…..(Al-hadis)


Berkata Siti Aisyah r.a. :-
‘Bulan yang lebih dikasihi oleh Rasulullah S.A.W. ialah bulan Syaaban.’

Sabda Nabi S.A.W. :-
‘Syaaban adalah bulanku, dan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban ialah mengkifaratkan dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani rohani).’

Sabda Nabi S.A.W. :-
‘Bahawa puasa Syaaban kerana membesarkan Ramadhan, siapa berpuasa tiga hari
daripada bulan Syaaban, kemudian dia bersolawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa, maka diampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu,diberkatkan rezkinya baginya. Bahawa Allah membukakan pada bulan itu tiga ratuspintu rahmat.’

Sabda Nabi S.A.W :-
‘Dinamakan Syaaban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak, dan puasa yang lebih afdhal sesudah Ramadhan ialah puasa bulan Syaaban.’

Thursday, July 14, 2011


"Mana-mana perempuan yang melakukan sembahyang 5 waktu,berpuasa dibulan ramadhan,menjaga kehormatannya dari yang haram dan mentaati suami,maka masuklah ia kesyurga dari mana-mana pintu yang ia kehendaki" (Hadis Riwayat Ahmad)

Tuesday, July 12, 2011

8P Tip kebahagian rumahtangga

1. P yang pertama ialah 'puji' iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.
2. P kedua ialah 'peluk' yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.
3. P ketiga ialah 'penghargaan' di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.
4. P keempat ialah 'perhatian' yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan.
5. P kelima mewakili 'persefahaman' kerana sebagai manusia yang bekerjaya memerlukan pasangan lebih bertolak ansur dan memahami kerjaya masing-masing.
6. P keenam membawa maksud 'pergaulan' iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.
7. P ketujuh adalah 'percutian' di mana seseorang itu perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangannya di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin atau gangguan lain.
8. P yang terakhir ialah 'permohonan' iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.

Secara keseluruhannya jangan abaikan tanggungjawab kita dengan Allah. Jangan lokek memohon Doa untuk kebahagiaan rumahtangga. Segala usaha dan perancangan tidak akan tercapai tanpa izin Allah. apabila seseorang insan mengabaikan tanggungjawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong. Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggungjawab terhadap keluarga.

Wednesday, July 6, 2011

1- Jika kamu inginkan Syurga sentiasalah menunaikan solat.
2- Jika kamu inginkan kebahagiaan sentiasalah membaca Al-Quran.
3- Jika kamu inginkan kekayaan sentiasalah beristighfar.
4- Jika kamu inginkan kasih sayang sentiasalah mengukir senyuman.

Template by:
Free Blog Templates