Thursday, April 30, 2009

Ciri-ciri Isteri solehah



* Isteri yang sentiasa mencintai dan menghormati keluarga suaminya seperti mana ia menghormati dan menyayangi keluarganya sendiri.
* Isteri yang sentiasa menjaga aurat dari pandangan yang bukan mahramnya dan pandangan matanya sendiri. Tidak membenarkan lelaki bukan mahram memasuki rumahnya ketika ketiadaan suami.
* Isteri sedia menjadikan suami sebagai ketua dalam rumah tangga mereka. Ini kerana sifat semulajadi itu Allah anugerahkan kepada lelaki.
* Isteri sedia memberikan kesetiaan, ketaatan dan kepatuhan kepada suaminya selagi suruhan suami tidak bertentangan perintah agama.
* Isteri sedia memberikan layanan dan kasih sayang yang sepenuhnya sehingga membuatkan suami berasakan rumah tangganya adalah tempat untuk mendapatkan ketenangan dan kebahagiaan dari sebarang masalah kerja.
* Isteri yang sentiasa menjaga rahsia dan maruah suaminya, begitu juga dengan maruahnya sendiri ketika ketiadaan suami. Isteri mestilah memohon keizinan suaminya untuk keluar dari rumah atau untuk mengerjakan puasa sunat.
* Isteri mestilah bijak menguruskan harta suami dalam berbelanja dengan kadar sederhana dan tidak membazir. Cara ini dapat menyelamatkan suami daripada masalah kewangan.
* Isteri yang sedia menerima pemberian suami dengan penuh keikhlasan dan kerelaan. Isteri tidak meminta sesuatu yang suami tidak mampu menunaikannya.
* Isteri yang sentiasa bersyukur dan tenang, sama ada menerima nikmat atau dugaan daripada Allah. Sedia melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu serta perintah Allah dengan tabah dan sabar.
* Berdiam diri sambil mendengar bila suami bercakap.
* Isteri yang sedia melayani dan memenuhi kehendak batiniah suami bila diperlukan.
* Isteri yang sentiasa menghias diri bila di hadapan suami dansebaliknya pula bila ketiadaan suami.
* Isteri yang sentiasa mendahulukan keperluan suami dari keperluannya sendiri.
* Isteri yang sentiasa bersikap malu terhadap suaminya, bersopan santun dalam perkataan dan juga perbuatannya.
* Isteri yang menemani suaminya ke muka pintu bila ia hendak keluar dan menyambutnya dengan senyuman bila ia pulang.

Kelebihan bersedekah...


Sabda Rasulullah SAW: Orang yang mengusahakan bantuan (pertolongan) bagi janda dan orang miskin umpama berjihad di jalan Allah dan ibarat orang yang bersolat malam. Ia tidak merasa lemah dan umpama berpuasa yang tidak pernah berbuka.H.R Al-Bukhari

Balasan meninggalkan solat 5 waktu...

Sembahyang lah kamu sebelum kamu disembahyangkan…

Adik-adik, rakan-rakan dan pelajar-pelajar yang saya kasihi sekalian. Tahukah anda solat lima waktu sehari semalam merupakan tiang agama. Jika anda meninggalkan walau satu pun solat tersebut maka runtuh lah tiang agama kita. Bila runtuh tiang agama maka hidup kita akan menjadi terumbang-ambing dan sia-sia sahaja. Jadi kita sebagai seorang muslim sejati hendaklah memelihara solat lima waktu kerana solat inilah yang memelihara kita dari melakukan perkara-perkara lain yang boleh merosakkan akidah seseorang.

Adik-adik, rakan-rakan dan pelajar-pelajar yang saya kasihi, tahukan anda bahawa jika kita meninggalkan solat lima waktu ini, Allah akan memberi 6 balasan/siksaan semasa kita masih hidup di dunia, 3 siksaan semasa sedang nazak dan 3 lagi seksaan semasa di dalam kubur.

6 balasan semasa hayat di dunia :-
Hilang berkat umur seseorang.
Tiada tanda umat yang soleh pada air muka seseorang. Muka nampak hitam dan tidak berseri
Tiada mendapat pahala atas amalan lain yang dibuat.
Doa tidak diangkat/ dikabulkan oleh Allah.
Tiada termasuk dalam bahagian doa orang-orang yang soleh.
Keluar roh tanpa Islam.

3 siksaan semasa sedang nazak :-
mati dalam keadaan yang hina dan aib.
mati dalam keadaan teramat lapar.
Mati dalam keadaan yang teramat dahaga

3 siksaan semasa dalam kubur :-
disempitkan kuburnya
dinyalakan api didalam kuburnya
dihantar sejenis ular yang akan mematuk, menggigit dan membelitnya sehinggalah hari kiamat.

Begitulah adik-adik yang saya kasihi, amat menakutkan sekali jika kita tahu betapa dahsyatnya balasan dan siksaan terhadap orang yang tidak menunaikan solat lima waktu. Jadi sama-samalah kita mulai dari ini dan saat ini agar sentiasa ingat-mengingati antara satu sama lain agar sama-sama menjaga ibadah ini semoga hidup kita akan diberkati oleh Allah dunia dan akhirat. InsyaAllah.

Wednesday, April 22, 2009

Zikir Taubat

Istighfar meminta ampun dan taubat dari ALLAH

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
Demi Allah, sesungguhnya aku meminta ampun dan bertaubat kepadaNya setiap hari lebih dari 70 kali.Sabdanya yang bermaksud:
Wahai manusia, Bertaubatlah kamu kepada Allah! Sesungguhnya Aku bertaubat kepadaNya setiap hari 100 kali.Sabdanya yang bermaksud: "Sesiapa yang membaca:


Maksudya:
Aku minta ampun daripada Allah yang tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain daripadaNya, yang hidup dan yang menguruskan makhlukNya dan aku bertaubat kepadaNya.nescaya Allah ampunkan dosanya sekalipun dia telah lari dari medan peperangan”.Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud:
Waktu yang paling hampir antara Tuhan dengan hambanya ialah pada akhir malam. Kalau kamu mampu untuk berzikir kepada Allah pada waktu itu hendaklah kamu lakukan.Sabdanya yang bermaksud:
Keadaan yang paling hampir antara seorang hamba dengan Tuhannya ialah sewaktu dia sujud. Maka perbanyakkan doa pada waktu itu.Sabdanya yang bermaksud:
Sesungguhnya hatiku lupa (tidak ingat kepada Allah) dan sesungguhnya aku meminta ampun daripada Allah setiap hari 100 kali.

Tuesday, April 21, 2009

Hinanya orang meninggalkan solat...

Buat peringatan untuk kita yang sentiasa 'sibuk' /mencari alasan.... dll

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh...

Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat tu, adalah dosa besar, dan malahan lebih hina drpd khinzir.. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat spt yg dikisahkan pd zaman NabiMusa A. S. Begini kisahnya... pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yg sudah berumahtangga , dia tak de .. zuriat lalu, terdetik dlm hati dia (nazar), "kalau aku dpt anak, aku akan minum air kencing anjing hitam. " Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Bila dah dpt anak, laki ni pun runsinglah... Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam. Syariat pd zaman Nabi Musa berbeza dgn syariat yg turun utk umat Nabi Muhammad. kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yg haram, maka tak payah buat, tapi kena denda(dam) atau sedekah.. Tapi, kalau zaman Nabi Musa, brgsiapa bernazar, walaupun haram, tetap kena laksanakan nazar tu.. lalu, si lelaki yg dapat anak tu, dgn susah hatinya, pun pegilah bertemu dgn Nabi-Allah Musa. Dan menceritakan apa yg terjadi ke atas dirinya.. lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu xpayah minum air kencing anjing hitam, tapi akan minum air yg lebih hina dr air kencing anjing hitam. Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut utk pergi menadah air yg jatuh dr bumbung rumah orang yg meninggalkan sembahyang dan minum air tu. lalu, lelaki tu pun senang hati, menjalankan apa yg diperintahkan oleh Nabi Musa tadi... Lihat.. betapa hinanya org yg meninggalkan solat, sampai dikatakan air yg jatuh dr bumbung rumah dia, lbh hina dr air kencing anjing hitam.. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi.. Menyentuh bab air tangan ni, selalu kita suka makan masakan ibu, isteri kita. Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat , sbb kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan, nasi, dsb.. anak-anak, suami pulak yg akan makan makanan yg dimasak. takkan nak biarkan suami & anak2 gelap hati minum air tangan org tinggalkan solat.. tak gamakkan? tapi.. lain pulak halnya dgn kita ni.. pagi petang.. mamak!! teh tarik satu, roti canai satu.. ada pulak segelintir tukang masak yg tak solat.. kita pun makan bekas air tangan dia.. gelap lah hati kita.. sbb tu liat nak buat keja2 yg baik. beware apa yg kita makan... betapa beratnya amalan solat ni, hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra' Mikraj, sedangkan kewajipan2 lain memadai diutus melalui Jibril a. s. Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kpd Saidina Ali (&utk umat Islam) , "As-solah as Solah wa amalakat aimanukum." maknanya,"Solat, solat jgn sekali kamu abaikan dan peliharalah org2 yg lemah di bawah tanggunganmu." jadi, sama2lah kita pelihara solat kita, dr segi zahir & batinnya, kerana amalan solatlah amalan yg mula2 akan ditimbang di neraca Mizan kelak...

Monday, April 20, 2009

Taubat Nasuha..

Jadikan amalan seharian...

Di dalam kesibukan menjalankan pekerjaan harian, kita kadangkala terasa payah melakukan sesuatu. Bagaimanapun, kita selalu terlupa Allah subhana wa ta'ala berada di samping kita dan telah berjanji akan memudahkan hidup kita jika kita memintanya. Di dalam surah Al-Mukmin ayat 60, Allah menjelaskan:
Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina!


Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina!

Saturday, April 18, 2009

Sejarah Solat 5 Waktu

Nabi Muhammad SAW merupakan nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT untuk membimbing manusia ke arah jalan kebenaran. Tidak seperti umat nabi-nabi yang lain, umat nabi Muhammad telah diperintahkan untuk mengerjakan solat 5 waktu setiap hari. Ini merupakan kelebihan dan anugerah Allah SWT terhadap umat nabi Muhammad dimana solat tersebut akan memberikan perlindungan ketika di hari pembalasan kelak. Berikut diterangkan asal-usul bagaimana setiap solat mula dikerjakan.
Subuh:
Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s. iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.
Rakaat pertama: Tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam.Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.
Zohor:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s.. Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat.
Rakaat pertama: Tanda bersyukur bagi penebusan.Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.Rakaat ketiga: Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah SWT.Rakaat keempat: Tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.
Asar:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s. tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada 4 kegelapan iaitu:
Rakaat pertama: Kelam dengan kesalahan.Rakaat kedua: Kelam dengan air laut.Rakaat ketiga: Kelam dengan malam.Rakaat keempat: Kelam dengan perut ikan Nun.
Maghrib:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s. iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukur Nabi Isa, lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu:
Rakaat pertama: Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.Rakaat kedua: Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.Rakaat ketiga: Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah SWT semata-mata, tiada dua atau tiganya.
Isyak:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s.. Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.
Rakaat pertama: Tanda dukacita terhadap isterinya.Rakaat kedua: Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.Rakaat ketiga: Tanda dukacita terhadap Firaun.Rakaat keempat: Tanda dukacita terhadap anak Firaun

Wednesday, April 15, 2009

Tokku Paloh - Pencatur Politik Terengganu

Pada abad ke-19,seorang ulama besar di kenali Tokku Paloh yang dilahirkan di Terengganu pernah membantu negeri berkenaan menghalang penjajahan British.
Nama sebenarnya,Sayid Abdul Rahman bin Muhamad al-Idrus yang juga dianggap ulama kerohanian yang banyak berkecimpung dalam bidang pentadbiran dan diplomatik di Terengganu.
Dengan ketegasan dan kepintaranya dalam hal ehwal diplomatik,Tokku Paloh sering diberi peluang mewakili sultan dalam perundingan dengan British hingga kerajaan Inggeris gagal menawan Terengganu. Dalam suatu kisah,beliau dilaporkan berkata ‘Kalau untuk mencampuri urusan pentadbiran kami,saya tolak walau atas alasan apa sekali pun tetapi kalau hendak tanah, silakan. Isilah kedalam kapal tuan sebanyak mana pihak British mahu…..ambillah tanah.’ Itu adalah antara jawapan Tokku Paloh kepada wakil British ketika perundingan antara British dengan kerajaan Terengganu yang diwakilinya. Jawapan berbentuk sindiran itu diluahkan dengan tenang tetapi nyata menyakitkan hati wakil British berkenaan. Mereka lantas bangun untuk beredar tetapi dengan kuasa Allah punggung mereka tidak semena-mena terlekat di kerusi.
Apabila mereka mengangkat punggung,kerusi mereka turut terangkat sama buat seketika sebelum jatuh ke lantai. Ketika itu Tokku Paloh bersuara secara bersahaja ‘Sudahlah tuan-tuan hendak ambil tanah Terengganu , kerusi rumah saya pun tuan-tuan hendak ambil.’ Tokku Paloh yang hidup dalam zaman pemerintahan lapan sultan silih berganti dan pengaruhnya yang paling kuat ialah ketika pemerintahan Sultan Zainal Abidin III, iaitu Sultan Terengganu ke 11. Dilahirkan pada 1817 di Kampung Cabang Tiga, Kuala Terengganu, beliau adalah nasab ke 32 daripada Rasulullah S.A.W di kalangan keluarga al-Idrus. Nasab sebelah bapanya sampai kepada Sayidina Hussein ra, anak Sayidatina Fatimah az-Zahrah ra binti Rasulullah. Tokku Paloh yang diterima sebagai penasihat pertama dan utama sultan dalam pelbagai hal itu mendapat pendidikan awal daripada ayahnya sendiri dan beberapa ulama tempatan sebelum mengikut jejak langkah ayahnya mendalami ilmu dan meluaskan pengetahuan di Makkah.
ULAMA besar itu bukan saja arif dalam ilmu tasawuf dan tereqat, malah beliau pernah menghasilkan kitab dan risalah mengenai soal kerohaniaan. Sekembalinya dari Makkah , Tokku Paloh terus mengajar di masjid peninggalan ayahnya di Kampung Cabang Tiga,Terengganu. Langkah awal itu diikuti kegiatan lebih mencabar dalam bidang pentadbiran , pemerintahan dan penentangan penjajahan British. Selain memainkan peranan penting untuk menentang British , beliau diamanahkan Sultan Zainal Abidin mentadbir kawasan Paloh disamping mengawasi daerah Hulu Terengganu, termasuk Kuala Berang hingga Cabang Tiga. Dalam usaha memastikan Paloh terhindar daripada perbuatan maksiat dan pelanggaran undang-undang,Tokku Paloh atau nama sebenarnya Sayid Abdul Rahman bin Muhammad Al-Idrus, menubuhkan pasukan penguatkuasa yang dikenali dengan nama Budak Raja. Pasukan Budak Raja itu bertanggungjawab menjaga keamanan seperti tugas yang dipikul oleh pasukan polis hari ini.Untuk memastikan keselamatan kebajikan masyarakat setempat,cacatan sejarah menyatakan Tokku gemar keluar pada malam hari,malah pada hari tertentu beliau keluar dengan berselubung Kain di kepala. Tindakannya itu untuk memudahkan beliau meninjau kehidupan masyarakat ddan sekiranya ada perkara tidak baik berlaku, Tokku Paloh memerintah Budak Raja untuk membuat tangkapan pada keesokan hari. Sikap dan keprihatinanya itu memperlihatkan tanggungjawab Tokku Paloh terhadap keselamatan nak buah seperti yang berlaku pada zaman Khalifah Umar al-Khattab ra. Selain gemar keluar pada waktu malam, beliau juga mempunyai mahkamah keadilan sendiri di Paloh yang diberikan mandat oleh sultan untuk menyelesaikan persoalan besar serta mengadili penjahat di kawasa pentadbirannya.Dalam kehidupannya, Tokku Paloh lebih banyak berhubung secara peribadi dengan Sultan Zainal Abidin III berbanding perhubungan resmi. Hubungan erat itu terbukti apabila salah seorang isteri Tokku Paloh, Tengku Mandak ialah kekanda Sultan Zainal Abidin sendiri. Sultan berkenaan juga menyerahkan anaknya, Tengku Sulaiman, kepada Tokku Paloh untuk dijadikan anak angkat serta diberi didikan agama.Tengku Sulaiman kemudian menjadi Sultan Terengganu ke 13 yang memerintah dari 1920 hingga 1942. Selepas jatuh sakit, pada 1917 ketika berusia 100 tahun, Tokku Paloh menghembuskan nafas terakhir diikuti dengan kemangkatan Sultan Zainal Abidin III setahun kemudian.

Tuesday, April 14, 2009

Kelebihan Sujud

Tanpa kita sedari rupanya ibadat yang kita lakukan seharian mempunyai banyak manfaat secara tidak kita sedari selain jiwa kehambaan yang boleh ditebalkan disini. Mungkin ada yang tercari-cari dimana arah untuk mencari ketenangan dan bagi saya hanya dengan Tuhan segala soalan akan terjawab.Sujud melegakan sistem pernafasan. MUNGKIN ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal,kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t.yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia.Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi larangannya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama.Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan danmengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Bernafas ketika sujud pula boleh:- membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.- membetulkan pundi peranakan yang jatuh.- melegakan sakit hernia. (burut)- mengurangkan sakit senggugut ketika haid.- melegakan paru-paru daripada ketegangan.- mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.- kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.- meringankan bahagian pelvis.- memberi dorongan supaya mudah tidur.- menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.- pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara automatic memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.- bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.- mengurangkan kegemukan.- pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions).- organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.- mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri dihadapan Yang Maha Pencipta sekali gus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya. Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang. Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.Maka untuk apa lagi kita ragu-ragu dalam menunaikan ibadah. Bukankah Tuhan telah menetapkan yang terbaik buat hambaNya di dunia ini.Tanpa kita sedari rupanya ibadat yang kita lakukan seharian mempunyai banyak manfaat secara tidak kita sedari selain jiwa kehambaan yang boleh ditebalkan disini. Mungkin ada yang tercari-cari dimana arah untuk mencari ketenangan dan bagi saya hanya dengan Tuhan segala soalan akan terjawab.Sujud melegakan sistem pernafasan. MUNGKIN ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal,kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t.yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia.Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi larangannya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama.Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan danmengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Bernafas ketika sujud pula boleh:- membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.- membetulkan pundi peranakan yang jatuh.- melegakan sakit hernia. (burut)- mengurangkan sakit senggugut ketika haid.- melegakan paru-paru daripada ketegangan.- mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.- kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.- meringankan bahagian pelvis.- memberi dorongan supaya mudah tidur.- menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.- pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara automatic memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.- bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.- mengurangkan kegemukan.- pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions).- organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.- mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri dihadapan Yang Maha Pencipta sekali gus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya. Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang. Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.Maka untuk apa lagi kita ragu-ragu dalam menunaikan ibadah. Bukankah Tuhan telah menetapkan yang terbaik buat hambaNya di dunia ini.

Kelebihan Solat Sunat Dhuha

Sememangnya terdapat hadith-hadith yang thabit, menceritakan kelebihan solat sunat Dhuha. Antaranya seperti yang diriwayatkan daripada Abu Zar R.A. yang berkata, Nabi S.A.W. pernah bersabda:
‏يُصْبِحُ عَلَى كُلِّ سُلَامَى مِنْ أَحَدِكُمْ صَدَقَةٌ فَكُلُّ تَسْبِيحَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَحْمِيدَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَهْلِيلَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَكْبِيرَةٍ صَدَقَةٌ وَأَمْرٌ بِالْمَعْرُوفِ صَدَقَةٌ وَنَهْيٌ عَنْ الْمُنْكَرِ صَدَقَةٌ وَيُجْزِئُ مِنْ ذَلِكَ رَكْعَتَانِ يَرْكَعُهُمَا مِنْ الضُّحَى
Maksudnya: “Setiap sendi (tulang) dari seseorang daripada kamu (perlu ke atasnya) sedekah, maka setiap tasbih adalah sedekah, dan setiap tahmid adalah sedekah, dan setiap tahlil adalah sedekah, dan setiap takbir adalah sedekah, dan menyeru berbuat baik itu adalah sedekah, dan melarang dari perkara yang mungkar itu adalah sedekah, dan sedekah ke atas sendi-sendi itu memadai dengan 2 rakaat yang dikerjakan pada waktu Dhuha.” (HR Muslim)
Abu Nu’aim bin Hammar ((نعيم بن همار)) pula berkata:
سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏يَقُولُ يَقُولُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ ‏ ‏يَا ابْنَ ‏ ‏آدَمَ ‏ ‏لَا تُعْجِزْنِي ‏ ‏ مِنْ أَرْبَعِ رَكَعَاتٍ فِي أَوَّلِ نَهَارِكَ أَكْفِكَ آخِرَهُ
Maksudnya: “Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda, firman Allah A.Z.J.: “Wahai anak Adam, jangan kamu ketinggalan menunaikan 4 rakaat pada awal siang hari, aku akan mencukupkan engkau pada akhir hari itu.” (HR Abu Daud, disahihkan oleh al-Albani di dalam Sahih Sunan Abi Daud)
Anas bin Malik R.A. pula berkata:
مَنْ صَلَّى الْفَجْرَ فِيْ جَمَاعَةٍ ثُمَّ قَعَدَ يَذْكُرُ اللهَ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ، كَانَتْ لَهُ كَأجْرِ حَجَّةٍ وَعُمْرَةٍ، تَامَّةٍ، تَامَّةٍ، تَامَّةٍ
Maksudnya: “Sesiapa yang menunaikan solat Subuh berjamaah (di masjid), kemudian dia duduk dan berzikir kepada Allah sehingga terbitnya matahari, kemudian menunaikan solat (sunat) 2 rakaat, baginya pahala seperti menunaikan haji dan umrah yang sempurna, yang sempurna, yang sempurna.” (HR al-Tirmizi, dihasankan oleh al-Albani di dalam Sahih Sunan al-Tirmizi)
Wallahu a’lam.

PM, TPM tahu awal krisis di T'ganu

PM, TPM tahu awal krisis di T'ganu
Muda Mohd Noor Apr 14, 09 4:23pm
Krisis yang sedang berlaku di Terengganu diketahui lebih awal oleh pucuk pimpinan tertinggi negara kerana dua rombongan ADUN Barisan Nasional telah menemui mereka berdua sejak seminggu lalu.Bekas pemimpin kanan Umno negeri, Datuk Rosol Wahid bersama rombongannya menemui Datuk Seri Najib Razak pada 8 April, sehari sebelum perdana menteri mengumumkan barisan kabinet pertamanya.Pertemuan itu diadakan di kediaman rasmi timbalan perdana menteri, Seri Satria di Putrajaya. Najib waktu itu belum berpindah ke Seri Perdana.Manakala satu lagi rombongan ADUN negeri itu mengadakan pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Ahad lalu.Setiausaha Kelab Penyokong Kerajaan BN Terengganu, Alias Abdullah memberitahu Malaysiakini hari ini, perdana menteri ingin tahu sebab majoriti ADUN tidak senang kepada Menteri Besar, Datuk Ahmad Said.Alias yang juga wakil Alor Limbat menambah, mereka dipanggil oleh Muhyiddin kerana beliau sendiri juga ingin mengetahui gambaran sebenar politik Terengganu.Tambahnya, timbalan perdana menteri juga diarahkan oleh perdana menteri untuk mengumpul maklumat lanjut tentang perkara ini."(Dalam pertemuan itu,) kita telah menyuarakan rasa kurang puas hati mengenai pelantikan ketua Wanita Umno bahagian Dungun, Zainon Abu Bakar sebagai senator yang mewakili Terengganu," katanya."Kerana kita mahu senator yang mewakili Terengganu mestilah (seseorang) yang membawa suara Terengganu," katanya.Alias juga mendakwa kumpulannya tidak berniat membawa usul undi tidak percaya terhadap menteri besar.Jika ada ura-ura tentang perkara ini, tambahnya, "ia adalah cerita daripada kumpulan pro-Ahmad."Peguam itu juga menafikan kumpulan yang mempertikaikan Ahmad itu bercita-cita mahu merampas jawatan menteri besar.Diminta mengulas lanjut sikap rakan-rakannya dalam Kelab Penyokong Kerajaan BN Terengganu, Alias berkata majoriti sudah hilang keyakinan kepada Ahmad untuk memimpin negeri tersebut. Beliau menambah, ADUN Kijal tidak mempunyai kebolehan untuk membawa kemajuan Terengganu. "Jika beliau terus menjadi menteri besar, rakyat dan negeri ini akan menjadi mangsa."Untuk itu kita berharap pucuk pimpinan tinggi negara menyelesaikan isu ini segera untuk kepentingan rakyat," katanya.

ADUN BN diugut, 10 boikot DUN T'ganu

ADUN BN diugut, 10 boikot DUN T'ganu
Apr 14, 09 10:39am
kemaskini 2.21pm Sepuluh ADUN Barisan Nasional (BN) memulaukan DUN Terengganu pada hari kedua persidangan hari ini selepas beberapa orang daripada mereka menerima ugutan "YB tak sayang nyawa?" malam tadi.Mereka kini berada di beberapa tempat di negeri itu kerana bimbang keselamatan mereka tidak terjamin, kata ADUN Ajil, Datuk Rosol Wahid ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.Tiga ADUN penyokong kerajaan membuat laporan polis tengah malam tadi setelah menerima mesej SMS berbentuk ugutan - dispekulasikan berhubung usul undi tidak percaya terhadap menteri besar Terengganu.Rosol bagaimanapun menafikan ketidakhadiran 10 ADUN tersebut termasuk beliau sendiri, sebagai langkah menjatuhkan Datuk Ahmad Said (foto) seperti diura-urakan sejak minggu lalu. Selain beliau sendiri, ADUN Paka, Zakaria Abdullah dan ADUN Permaisuri, Abdul Halim Jusoh turut membuat laporan polis selepas mendapat mesej SMS ugutan pada jam 11.20 malam tadi. Mesej yang didakwa dikirim oleh seorang pegawai kanan kerajaan negeri itu antaranya berbunyi "baik jangan teruskan niat YB, YB tak sayang nyawa?".Selain mereka bertiga, turut tidak hadir di sidang DUN pagi ini ialah Muhammad Ramli Noh (Tepoh), Mohd Zawawi Ismail (Kuala Berang), Abdul Halim Jusoh (Permaisuri), Datuk Din Adam (Bukit Besi), Alias Abdullah (Alor Limbat), Ramlan Ali (Jabi), Datuk Seri Idris Jusoh (Jertih) dan Mohd Pehimi Yusof (Kota Putera).Dipercayai, beberapa ADUN BN akan ke Putrajaya untuk mengadakan perbincangan dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhiyiddin Yassin berhubung krisis terbaru di negeri itu.Krisis kepemimpinan menteri besar Terengganu kali ini tercetus genap setahun selepas berlaku perebutan kuasa antara Ahmad - yang disokong oleh istana - dengan Idris, menteri besar waktu itu.Minggu lalu, Ahmad memberi amaran keras termasuk memecat ADUN BN terbabit jika usul undi tidak percaya dikemukakan dalam sidang dewan minggu ini. BN menguasai 24 kerusi DUN, sementara PAS pula lapan kerusi.Sementara itu, Rosol yang juga pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Negeri, memberitahu sidang akhbar pagi ini bahawa selain 10 Adun berkenaan, tiga lagi Adun BN yang menyokong tindakan mereka, tidak menghadiri sidang DUN hari ini.Bagaimanapun, Berita Harian memetiknya sebagai berkata, ketiga-tiga ADUN tersebut tidak bersama mereka dalam sidang media itu.Bagaimanapun Bernama melaporkan, selain menteri besar dan 10 exco kerajaan negeri, hanya tiga wakil rakyat BN dalam sesi soal jawab itu. Tindakan memulaukan dewan itu, lapor agensi berita itu lagi, menyebabkan ia didominasi semua lapan ADUN pembangkang.Menurut Rosol di sidang media itu, mereka tidak akan hadir persidangan DUN selagi tidak mendapat jaminan keselamatan berikutan ugutan bunuh menerusi SMS itu."Kita akan hadir pada hari terakhir sidang dewan esok jika mendapat jaminan keselamatan daripada polis," katanya.

Template by:
Free Blog Templates