Thursday, December 15, 2011

KEISTIMEWAAN HARI JUMAAT


Untuk pengetahuan.., hari sabtu merupakan hari agung bagi kaum yahudi dan hari ahad merupakan hari pergi gereja bagi mereka yang beragama kristian.
Tidakkah kita bangga kerana hari JUMAAT merupakan hari yang sangat istimewa kerana hari Jumaat mendapat penghargaan istimewa berbanding hari lain sehingga dalam al-Quran dinamakan satu surah iaitu al-Jumu’ah yang diturunkan di Madinah dengan 11 ayat.
“Wahai orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan solat Jumaat) dan tinggalkanlah berjual beli (pada saat itu) yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya).” (al-Jumu’ah:9)
Peristiwa hari jumaat.
Abdullah bin Munzir telah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda:
“Hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan yang terbesar disisi Allah. Ia adalah hari yang lebih besar di sisi Allah daripada hari Raya AldilFitri. Pada hari itu telah terjadi lima perkara iaitu:
1. Penciptaan Adam.
2. Pada hari itu juga dikeluarkan dia dari syurga.
3. Pada hari itu juga, dia wafat.
4. Dan pada hari itu terdapat satu masa di mana tidaklah seorang hamba itu meminta sesuatu dari Tuhannya melainkan akan dikurniakan kepadanya selagi dia tidak meminta yang haram.
5. Pada hari itu Qiamat akan terjadi dan tidaklah seorang pun malaikat muqarrabun pun di sisi Allah azzawajalla melainkan ia takut pada hari Jumaat, (tetapi) tidak langit dan tidak bumi melainkan ia merasa kasih pada hari Jumaat”.
HR Ibnu Majah & Al-Baihaqi
Menurut Imam Sayuti antaranya ;
1. Semua roh-roh orang Islam pada hari itu akan berkumpul
2. Mayat-mayat akan terselamat dari seksaan kubur.
3. Sesiapa yang meninggal pada malam Jumaat atau pada siangnya maka ia akan terselamat dari seksaan kubur.
4. Api neraka tidak menyala.
5. Semua penduduk syurga akan menziarahi Allah Ta’ala.
Kelonggaran Untuk Solat Sunat Pada Waktu Larangan Hari Jumaat
Setiap Hari Ada 3 Waktu Yang Dilarang Untuk Bersolat :
1. Selepas solat fardhu Subuh sehingga matahari naik (setinggi satu anak panah)
2. Ketika matahari benar2 tegak berada di atas kepala sebelum tergelincir (~10-15min sebelum masuk waktu Zohor)
3. Selepas solat Asar sehingga masuk waktu solat Maghrib
Penjelasan: Iaitu waktu larangan (Jumaat) di waktu tengahari (no. 2) diberi kelonggaran dan tidak lagi menjadi tegahan bagi siapa yang datang awal ke masjid untuk solat dan terus bersolat dan memperbanyakkan munajatnya untuk mendapat keredaan Allah sehinggalah apabila Khatib keluar dan naik ke atas mimbar.
Hadis Nabi SAW
“Barangsiapa yang mandi pada hari Jumaat, kemudian mengambil wudhu dengan sempurna untuk mensucikan diri, kemudian memakaiminyak rambut dan mengemaskan dirinya, kemudian menggunakan wangian pada pakaian yang dipakainya dan keluar datang ke masjid,tidak menyakitkan antara dua orang, tidak mengganggu ketenteraman orang lain dan kemudian ia bersembahyang dan terus bersembahyang dan terus bersembahyang seberapa banyak yang dia termampu kemudian ia diam ketika imam keluar dan ketika khatib membaca khutbah; Maka orang yang buat seperti itu, Allah akan memberikan pengampunan kepadanya dari hari Jumaat ini kepadaJumaat yang akan datang.
-” (Riwayat Imam Bukhari)
“Adalah Nabi SAW itu menegah kami daripada solat pada pertengahan waktu tengahari (maksudnya ketika matahari tegak berada di atas
kepala) kecuali pada hari Jumaat.”
(Riwayat Abi Dawud dari Sahabat Abu Qatadah ra)

Kita perlu sedia maklum yang dimaksudkan disini ialah hari raya mingguan yang dimaksudkan itu ialah hari Jumaat. Dengan ini tidak ragu lagi Jumaat adalah hari yang cukup besar dalam Islam. Selamat beramal semua.

Monday, December 12, 2011

SAYANGILAH ANAK KITA SEBAIKNYA


Gambar yang amat menyentuh hati. Seorang anak yatim melukis gambar “ibu”nya dan tidur bersama lukisan itu :

Terbaca kisah adik ni dalam internet…..ibunya mati dalam peperangan. Dia terlalu rindukan ibunya, jadi si anak yang tidak berdosa ini melakarkan gambar ibunya seolah-olah dia sedang lentangkan tangan untuk dia tidur sebagai bantal. Dia rindukan pelukan ibunya…..dia cuma budak berusia 4 tahun. Tidak memahami apa-apa selain inginkan belaian manja kasih sayang seorang ibu atau bapa.

Ya Allah…sekiranya kita ternampak anak-anak yatim berikanlah mereka bukan hanya barangan seperti makanan, tetapi berikanlah mereka pelukkan & ciuman yang jarang mereka dapat tetapi amat diperlukan dan dirindui. Sudah berapa lama kita tidak mencium pipi dan dahi anak-anak kita yang belum baligh? Sudah berapa lama kita tidak memeluk anak kita?

Sama-sama kita fikirkan sejenak….
*Adakah anak aku akan begini apabila aku pergi meninggalkan dia nanti?
*Adakah ada yang sudi menyambung dan memberi kasih sayangku pada dia apabila aku tiada nanti?
*Adakah ada yang akan memeluk anakku untuk dia rasakan yang dia sentiasa dalam keadaan yang selamat?…
*Adakah ada yang akan menenangkan anakku semasa dia dalam ketakutan?
*Adakah ada yang akan mengucup dahi anakku semasa dia tidur?…
*Adakah ada yang akan menyuapkan anak ku makan dan minum?…
*Adakah ada yang akan mandikan dan siapkan anakku setiap hari?…

Sesungguhnya aku takut untuk terus memikirkan yang lain-lain, tetapi aku redha akan ketentuanMu YaAllah...

Ya Allah..Hanya kepadaMu aku memohon, berikanlah aku kesihatan yang baik. Berikanlah aku perlindungan serta kesejahteraan.Panjangkanlah umurku Ya Allah, berikanlah aku kesempatan membesarkan dan memelihara amanahMu sehingga dia dewasa.Berikanlah aku kekuatan Ya Allah. Hanya padaMu aku memohon dan kepadaMu jua aku berserah Ya Allah. Kau Maha Pengasih..Maha Penyayang. Maha Pengampun...

Amin…...

Monday, December 5, 2011

PUASA SUNAT 10 MUHARRAM


ESOK Selasa (6 December 2011) adalah hari ke-10 dalam bulan
Muharram mengikut kalender Islam.
Bukan apa hendak mengingatkan mengenai kelebihan
10 Muharram dalam Islam.

Islam menganjurkan umatnya beramal kepada Allah sepanjang
masa selagi hayat dikandung badan. Namun, ada kelebihan pada
hari tertentu di mana kita digalakkan mengamalkan ibadat sunat.
ALLAH mengurniakan kelebihan yang banyak bagi sesiapa yang
meningkatkan amal pada Muharram.
Antaranya berpuasa sunat pada 10 Muharram atau lebih dikenali
dengan Hari Asyura.

Daripada Saidatina Aisyah berkata yang bermaksud: "Orang
Quraisy pada zaman jahiliah berpuasa pada Hari Asyura, dan
Rasulullah SAW juga berpuasa pada Hari Asyura. Maka, apabila
Baginda datang ke Madinah, Baginda berpuasa pada hari itu dan
menyuruh orang ramai berpuasa.

ANTARA PERISTIWA YANG BERLAKU PADA 10 MUHARRAM

* Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
* Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
* Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari bahteranya sesudah bumi
* Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
* Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
* Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
* Allah memulihkan penglihatan Nabi Yaakob yang kabur.
* Nabi Isa diangkat ke langit
* Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulitnya
* Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan nun, selepas berada didalamnya selama 40 hari 40 malam.
*Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
* Allah mengampunkan kesalahan Nabi Daud.
* Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
* Hari pertama Allah menciptakan alam.
* Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
* Hari pertama Allah menurunkan hujan.
* Allah menjadikan Arasy.
* Allah menjadikan Luh Mahfuz.
* Allah menjadikan alam.
* Allah menjadikan malaikat Jibrail.

Template by:
Free Blog Templates