Thursday, May 28, 2009

MENGAPA WANITA CURANG




KECURANGAN dalam rumahtangga sering dikaitkan dengan para suami.Namun para isteri juga tidak ketinggalan melakukan perbuatan yang serupa.Walaupun perbuatan tersebut ada kalanya bersebab dan mungkin berpunca daripada sikap suami sendiri,namun jangan cuba bermain dengan api kerna kelak ia membakar diri dan di dalam Islam kita di larang sama sekali menduakan suami.Jaga tatasusila peribadi diri dan berbanyak la berzikir kepada allah.Ini hanyalah contoh-contoh WANITA yang curang :-

1. KEGAGALAN SUAMI MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB

Isteri adalah amanah dan tanggungjawab kepada suami untuk di bimbing dan di didik.Sikap lelaki yang lebih mengutamakan kecantikan dan kekayaan harta benda berbanding ketinggian agama dalam memilih isteri menjadi faktor utama berlakunya kecurangan terutama apabila suami gagal menjalankan tanggungjawabnya sebagai pembimbing dan ketua keluarga.

2. PERASAAN INGIN DI HARGAI

Sudah menjadi sifat semulajadi isteri ingin sentiasa di hargai dengan apa yang telah beliau lakukan tanggungjawab terhadap suami dan anak-anak.Jadi suami haruslah memberi belaian,pujian dan interaksi yang berkualiti kerna ia kan membuatkan si isteri berasa dihargai dan di perlukan.Ramai suami yang lokek untuk memuji isteri sehingga ia merasa tidak di hargai.

3.BOSAN DAN KESEPIAN

Ramai suami secara tidak sedar dan alpa membiarkan isteri kesepian dan keseorangan kerana sibuk memenuhi tuntutan kerjaya.Mereka lupa bahawa isteri memerlukan masa berkualiti untuk bersama dengan suami dan anak-anak.Di sebabkan faktor ini jika suami lupa untuk mendidik isteri tentang akhlak dan hukum-hukum agama ia mudah membuat si isteri alpa dan bermesra dengan lelaki lain dan bertindak curang.

4.KEPERLUAN SEKSUAL

Apabila isteri tampil menarik dan menawan di hadapan suami jangan lah di abaikan kerana apabila tiada tindak balas yang setimpal menyebabkan isteri rasa tidak dihargai dan ini apabila ada lelaki lain yang memuji maka berlakulah kecurangan.Maka perlulah di jaga hubungan suami isteri dan nasihat isteri cara penampilan diri yang menutup aurat dan sopan

Tuesday, May 26, 2009

Kelebihan Bismillah...

BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM adalah sangat singkat
namun kadangkala
sangat sulit untuk di ucapkan. Dalam hadis Rasullullah
dikatakan:

Barang siapa yang membaca BISMILLAH... sebanyak 21 kali
sebelum tidur maka:

1. Dia akan dihindari dari meninggal dlm keadaan terkejut.
2. Dia akan dihindari dari meninggal/bahaya tenggelam.
3. Dia akan dihindari dan dilindungi dari bahaya kebakaran.
4. Dia akan dihindari dan dilindungi dari bahaya rompakan..




Monday, May 25, 2009

"ALLAH memudahkan laut bagi kegunaan kamu, supaya kapal-kapal belayar padanya
dengan perintahnya (izinNya). Dan supaya kamu mencari rezeki dan limpah kurnianya
dan juga supaya kamu bersyukur. Dan dia memudahkan untuk (faedah dan kegunaan)
kamu segala yang ada dilangit dan dibumi (sebagai rahmat pemberian) daripadaNya"
(surah Al-Jasiah ayat 12-13)

Sunday, May 24, 2009

AYAT 1000 DINAR

Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.
Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka.
Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya.
Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya.
Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.

Friday, May 22, 2009

Perlaksanaan hukum di Negara Islam


Hukuman "HUDUD" di Banda Aceh Indonesia

Bila lagi di Malaysia?

Thursday, May 21, 2009

TANDA-TANDA KEMATIAN



Diantara tanda-tanda roh telah keluar dari jasad tubuh seseorang antaranya adalah:
1. Terhulur kakinya
2. Terbuka tapak tangannya
3. Condong hidungnya
4. Tegang kulit mukanya
5. Turun sedikit pelipis (diantara telinga dan mata)
6. Berhenti denyutan nadi dan pernafasannya
7. Jika orang yang dipatuk ular dan seumpamanya sukar diketahui mati ataupun tidak. Cabutlah mana-mana bulu daripada badannya dan lekatkan pada sesuatu benda. Jika masih terlekat bermakna dia belum mati dan begitulah sebaliknya.
Kesimpulannya adakah kita sudah bersedia untuk menunggu saat kematian? Tidak berguna lagi segala kesenangan atau kekuasaan setelah tanda-tanda seperti diatas terdapat pada kita. Kalau jasad kita sudah terkujur kaku, hanya amal soleh sahajalah yang berguna untuk bekalan…

SIAPAKAH DIA LELAKI SOLEH?


Lelaki soleh dapat didefenasikan sebagai seorang lelaki muslim yang beriman, seorang mukmin, bersih juga sentiasa berusaha menjauhkan diri dari perkara-perkara yang mendorong kearah kemaksiatan.
Ciri-ciri Lelaki soleh seperti yang dimaksudkan oleh Al-Quran dan Hadis

1. Sentiasa taat kepada Allah dan Rasulnya
2. Jihad fisabilillah adalah matlamat hidupnya
3. Mati syahid adalah cita-cita hidup yang tertinggi
4. Sabar dalam menghadapi ujian dan cabaran daripada Allah
5. Ikhlas dalam beramal
6. Akhirat menjadi tujuan utama hidupnya
7. Sangat takut kepada ujian Allah dan ancamannya
8. Selalu memohon ampun diatas segala dosa-dosanya
9. Zuhud dengan dunia tapi tidak meninggalkannya
10. Solat malam (sunat) menjadi kebiasaannya
11. Tawakkal penuh kepada Allah dan tidak mengeluh kecuali kepada Allah semata-mata
12. Sentiasa berinfak samada ketika dalam keadaan lapang mahupun sempit
13. Menerapkan nilai kasih sayang sesame mukmin dan ukhwah diantara mereka
14. Amar maakruf dan nahi mungkar iaitu mengajak kearah kebaikan serta meninggalkan kearah kejahatan
15. Sangat kuat memegang amanah, janji dan rahsia.
16. Seorang pemaaf dan berlapang dada dalam menghadapi kejahilan manusia
17. Sentiasa saling mengingatkan antara sesama saudara dan bertawadhuk penuh kepada Allah.

Cuba kita renungkan sejenak tentang diri kita. Adakah kita antara yang tergolong didalam ciri-ciri diatas? Tanya diri sendiri.., kalau ya alhamdullillah… kalau belum usahakanlah kearah itu Insyaallah…

Template by:
Free Blog Templates