Lelaki soleh dapat didefenasikan sebagai seorang lelaki muslim yang beriman, seorang mukmin, bersih juga sentiasa berusaha menjauhkan diri dari perkara-perkara yang mendorong kearah kemaksiatan.
Ciri-ciri Lelaki soleh seperti yang dimaksudkan oleh Al-Quran dan Hadis
1. Sentiasa taat kepada Allah dan Rasulnya
2. Jihad fisabilillah adalah matlamat hidupnya
3. Mati syahid adalah cita-cita hidup yang tertinggi
4. Sabar dalam menghadapi ujian dan cabaran daripada Allah
5. Ikhlas dalam beramal
6. Akhirat menjadi tujuan utama hidupnya
7. Sangat takut kepada ujian Allah dan ancamannya
8. Selalu memohon ampun diatas segala dosa-dosanya
9. Zuhud dengan dunia tapi tidak meninggalkannya
10. Solat malam (sunat) menjadi kebiasaannya
11. Tawakkal penuh kepada Allah dan tidak mengeluh kecuali kepada Allah semata-mata
12. Sentiasa berinfak samada ketika dalam keadaan lapang mahupun sempit
13. Menerapkan nilai kasih sayang sesame mukmin dan ukhwah diantara mereka
14. Amar maakruf dan nahi mungkar iaitu mengajak kearah kebaikan serta meninggalkan kearah kejahatan
15. Sangat kuat memegang amanah, janji dan rahsia.
16. Seorang pemaaf dan berlapang dada dalam menghadapi kejahilan manusia
17. Sentiasa saling mengingatkan antara sesama saudara dan bertawadhuk penuh kepada Allah.
Cuba kita renungkan sejenak tentang diri kita. Adakah kita antara yang tergolong didalam ciri-ciri diatas? Tanya diri sendiri.., kalau ya alhamdullillah… kalau belum usahakanlah kearah itu Insyaallah…
0 comments:
Post a Comment