Thursday, July 30, 2009

FADILAT DAN KELEBIHAN BULAN SYAABAN



Terdapat banyak Hadis Rasulullah s.a.w. mengenai fadhilat dan kelebihan bulan Syaaban bagi
mereka yang berusaha memanfaatnya dengan mengerjakan berbagai amalan ibadah. Perhatikan
sebahagian daripada Hadis-Hadis Baginda:

PUASA HARI ISNIN
sesiapa yang berpuasa pada hari Isnin yang terakhir dalam bulan Syaaban akan diampunkan
dosanya.
PUASA HARI KHAMIS
Mereka yang berpuasa sunat pada hari Khamis pertama dan terakhir bulan Syaaban, akan di
masukan kedalam syurga.
PUASA SEHARI
Mereka yang berpuasa sunat sehari dalam bulan syaaban, akan diharamkan tubuhnya dari api
neraka dan masuk Syurga.
PUASA TIGA HARI
Mereka yang berpuasa sunat tiga hari dalam bulan syaaban dan berselawat keatas Nabi s.a.w
sebelum berbuka, akan diampunkan dosanya dan diberkati rezekinya.
PUASA SEBULAN SYAABAN
Mereka yang dapat menyempurnakan puasa sunat sebulan Syaaban makan akan dimudahkan
Allah semasa sakaratul maut, terlepas daripada azab kubur, ditutupkan aibnya pada hari
Kiamat dan diwajibkan keatasnya Syurga.

Lain-lain hadis antaranya adalah:

* Sayidatina Aisyah r.a menyatakan Rasulullah s.a.w. berpuasa lebih banyak melainkan dalam
bulan Syaaban (selain bulan Ramadhan) ; sesungguhnya baginda s.a.w. telah berpuasa sebulan
penuh.

* Rasulullah s.a.w. bersanda yang bermaksud: ''Syaaban adalah bulanku dan Ramadhan adalah
bulan umatku. Syaaban mengkhafarahkan dosa dan Ramadhan menyucikan dosa (jasmani dan
rohani)

*Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Dinamakan Syaaban kerana didalam bulan
tersebut terdapat amat banyak kebajikan dan puasa yang lebih afdhal adalah puasa dalam
bulan Syaaban".

*Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Kelebihan rejab atas bualn lain seperti kelebihan
al-Quran atas qalam. Kelebihan Syaaban atas bulan-bulan lain seperti kelebihan atas sekalian
nabi-nabi. Kelebihan Ramadhan atas bulan-bulan lain seperti kelebihan Allah atas sekelian
makhluk-Nya."

*Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "apabila tiba malam nisfu Syaaban, maka pada
malam tersebut berjagalah dengan mendirikan solat, beribadat dan berpuasa pada siangnya.
Allah s.w.t. berfirman, " sesiapa yang meminta ampun, maka aku mengampunkannya, mereka
yang ditimpa bala bencana Aku lepaskannya, mereka yang meminta rezeki Aku berikannya."

*Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: Allah s.w.t. memerhatikan hamba-hambaNya
pada malam Nisfu Syaaban, maka diampunkan dosa sekalian makhluk-Nya kecuali orang yang
menyekutukan Allah dan orang yang tidak mahu bercakap sesama saudaranya (sesama orang
islam).


3 comments:

Web Sutera said...

Assalamualaikum sahabat,

Salam ziarah.

-- Web Sutera
http://buanadunia.blogspot.com/

Jeng!Jeng!Jeng! said...

salam..tuan lama tak dengar cerita..sihat ke? selamat berpuasa...buatlah shout box ...senang nak tinggalkan pesan

Anonymous said...

Doh gi duane ning...ke layan kat lain lening?
shout box pah duane?Abul_Mus

Post a Comment

Template by:
Free Blog Templates