Tuesday, July 19, 2011

MENGATASI MASALAH BADAN LESU DAN LETIH


Allah SWT berfirman yang bermaksud : “Dan Dialah Tuhan yang menjadikan malam untuk kamu sebagai pakaian dan menjadikan tidur untuk berhenti rehat serta menjadikan siang untuk keluar mencari rezeki.” (al-Furqaan : 47)
Terjemahan ayat di atas menjelaskan bahawa tubuh badan manusia mempunyai sistemnya yang tersendiri yang dikenali sebagai pusingan biologi atau biological rhythm. Sistem inilah menyebabkan kita mengantuk dan kurang bertenaga pada waktu malam dan cergas pada waktu siang. Ia dikawal oleh hormon-hormon. Justeru itu, kita perlu memahami cara sistem ini bekerja dan bijak memanfaatkannya. Tetapi bagaimana pula kalau seseorang yang sentiasa mengantuk tak kira siang atau malam?

Amalkan tip-tip dibawah yang mana mungkin boleh membantu kita semua :

1. Sebelum tidur, pastikan diri anda dalam keadaan bersih. Basuh dulu bahagian muka, tangan dan kaki. Bagi anda yang beragama Islam, sebaiknya ambillah wudhu’ yang sempurna sebelum tidur.

2. Elakkan tidur terlalu lewat. Paling lewat pun, sebelum pukul 12 anda dah tidur. Lagipun, ia memang tak baik untuk kesihatan. Tidur lewat ini boleh menambah berat badan.

3. Setelah anda tersedar dari tidur, lakukan senaman ringan di atas katil. Gerakkan bahagian-bahagian badan anda sebelum turun dari katil. Ambillah masa dalam 2 hingga 5 minit pun dah mencukupi.

4. Cuci muka dan kelopak mata anda dengan menggunakan air suam. Kalau nak senang, anda simpanlah air yang dijerang pada sebelah malam tu dalam thermos. Bila pagi, anda campurkannya sikit dengan air biasa dan terus gunakannya.

5. Bagi anda yang beragama Islam, ambillah wudhu’ dan tunaikan solat Subuh.

6. Anda minum dulu segelas air masak sebelum bersarapan.
Tapi jangan pula anda terus minum air masak tu sejurus selepas bangun.

7. Ketika dipejabat atau ditempat kerja ambil sedikit masa untuk bangun dari kerusi dengan berjalan-jalan tanpa menghiraukan soal kerja seketika. Cukuplah sekadar lima minit untuk mengalihkan perhatian pasal kerja.

8. Buang perasaan MALAS untuk kebilik air bagi membasuh muka. Kadang kita banyak melayan perasaan malas Yang membuatkan badan terus lesu dan mengantuk.

9. Elakan makan yang berlebihan atau terlalu kenyang. Sesuai dengan Sunnah Nabi, "makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang". Ini bukan bermaksud kita mesti meninggalkan makanan sebelum habis dimakan, tetapi kena bijak mengagak kadar makanan kita agar tidak berlebihan.

10. Dimasa habis dari waktu kerja, buat aktiviti-aktiviti yang boleh menghilangkan rasa mengantuk seperti bersukan, membuat kerja-kerja rumah dan sebagainya.

Insyaallah dengan sedikit panduan yang tidak seberapa ini akan menolong masalah yang kita hadapi selama ini... SELAMAT BERAMAL....

2 comments:

Unknown said...

Juga boleh amalkan qaseh gold, pemakanan sunnah...
Boleh mengatasi masalah letih lesu badan InsyaAllah.
http://muslimchoices.com/?p=qaseh_gold

Dr Akbar Abdullah said...


Artikel yang menarik. Selain itu, badan juga boleh berasa lesu disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon yang dirembeskan oleh kelenjar adrenal. Tubuh berasa lesu yang disebabkan oleh faktor ini jarang kita dengari namun ia merupakan antara faktor utama kepada gejala keletihan badan. Untuk menghidarinya, pengambilan vitamin seperti CoQ10 dan B Complex sangat digalakkan. 

Post a Comment

Template by:
Free Blog Templates