Tuesday, July 26, 2011



RAMADHAN KEMBALI...

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi yang mempertemukan kita dengan bulan Ramadhan yang mulia. Tetamu Allah yang cuma datang setahun sekali. Ramadhan kali ini sebenarnya berbeza dengan Ramadhan yang lalu kerana usia kita semakin bertambah. Mungkin tahun lepas jumlah tanggungan kita lebih kurang dari tahun ini dan mungkin tahun hadapan tanggungan kita akan bertambah lagi ataupun menjadi semakin kurang. Semuanya ketentuan ALLAH. Sebab itulah kita sepatutnya lebih merasai kehangatan Ramadhan kali ini dengan menambahkan amalan dan kebaikan berbanding dari Ramadhan sebelumnya.Ambillah peluang Ramadhan yang tiba pada tahun ini, kerana besar kemungkinan kita tidak akan menemuinya pada tahun hadapan.

"Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan, akan diampunkan segala dosa-dosanya yang terdahulu." ( Riwayat al-Bukhari dan Muslim )

" Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azza Wajalla berkata: " Melainkan puasa, kerana ianya untuk-Ku dan Aku sendiri yang akan membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku." Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan: kegembiraan berbuka puasa dan kegembiraan ketika menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang yang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi di sisi Allah S.W.T" ( Riwayat al-Bukhari dan Muslim )

Sedarkah kita menjalani ibadah puasa dapat melatih diri dan membentuk sifat-sifat terpuji. Antaranya:

* sifat ikhlas
* Kekentalan jiwa
* Sabar
* Memelihara fizikal
* Prihatin dan belas kasihan
* Membuka hijab antara diri dengan Allah
* Mengenali erti kejayaan sebenar
* Rasa belas dan lemah lembut
* Memperkukuhkan kesatuan ummah
* Merapatkan hubungan dengan alam
* Menjaga masa
* Kesihatan tubuh badan

0 comments:

Post a Comment

Template by:
Free Blog Templates