“Ya Tuhan kami, janganlah Engkau condongkan hati kami kepada kesesatan setelah Engkau berikan petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi-Mu, sesungguhnya Engkau Maha Pemberi. (Q.S. Ali Imran [3]: 8)”
Pada hakikatnya fenomena kepantasan waktu adalah petanda bahawa dunia sudah semakin di penghujung usianya. Ini telah dinyatakan dalam Hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a, baginda bersabda: "Tidak akan berlaku kiamat sehingga masa menjadi singkat, maka setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari dirasakan seperti satu petikan api"… (riwayat Tarmizi)
Terdapat banyak Hadis Rasulullah s.a.w. mengenai fadhilat dan kelebihan bulan Syaaban bagi mereka yang berusaha memanfaatnya dengan mengerjakan berbagai amalan ibadah. Perhatikan sebahagian daripada Hadis-Hadis Baginda:
PUASA HARI ISNIN sesiapa yang berpuasa pada hari Isnin yang terakhir dalam bulan Syaaban akan diampunkan dosanya. PUASA HARI KHAMIS Mereka yang berpuasa sunat pada hari Khamis pertama dan terakhir bulan Syaaban, akan di masukan kedalam syurga. PUASA SEHARI Mereka yang berpuasa sunat sehari dalam bulan syaaban, akan diharamkan tubuhnya dari api neraka dan masuk Syurga. PUASA TIGA HARI Mereka yang berpuasa sunat tiga hari dalam bulan syaaban dan berselawat keatas Nabi s.a.w sebelum berbuka, akan diampunkan dosanya dan diberkati rezekinya. PUASA SEBULAN SYAABAN Mereka yang dapat menyempurnakan puasa sunat sebulan Syaaban makan akan dimudahkan Allah semasa sakaratul maut, terlepas daripada azab kubur, ditutupkan aibnya pada hari Kiamat dan diwajibkan keatasnya Syurga.
Lain-lain hadis antaranya adalah:
* Sayidatina Aisyah r.a menyatakan Rasulullah s.a.w. berpuasa lebih banyak melainkan dalam bulan Syaaban (selain bulan Ramadhan) ; sesungguhnya baginda s.a.w. telah berpuasa sebulan penuh.
* Rasulullah s.a.w. bersanda yang bermaksud: ''Syaaban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban mengkhafarahkan dosa dan Ramadhan menyucikan dosa (jasmani dan rohani)
*Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Dinamakan Syaaban kerana didalam bulan tersebut terdapat amat banyak kebajikan dan puasa yang lebih afdhal adalah puasa dalam bulan Syaaban".
*Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Kelebihan rejab atas bualn lain seperti kelebihan al-Quran atas qalam. Kelebihan Syaaban atas bulan-bulan lain seperti kelebihan atas sekalian nabi-nabi. Kelebihan Ramadhan atas bulan-bulan lain seperti kelebihan Allah atas sekelian makhluk-Nya."
*Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "apabila tiba malam nisfu Syaaban, maka pada malam tersebut berjagalah dengan mendirikan solat, beribadat dan berpuasa pada siangnya. Allah s.w.t. berfirman, " sesiapa yang meminta ampun, maka aku mengampunkannya, mereka yang ditimpa bala bencana Aku lepaskannya, mereka yang meminta rezeki Aku berikannya."
*Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: Allah s.w.t. memerhatikan hamba-hambaNya pada malam Nisfu Syaaban, maka diampunkan dosa sekalian makhluk-Nya kecuali orang yang menyekutukan Allah dan orang yang tidak mahu bercakap sesama saudaranya (sesama orang islam).
Seorang wanita yang solehah akan menjaga agar selalu di cintai oleh suaminya sehingga tidak mengotori keharmonian keluarganya.Menjaga Tatasusila dan adab terhadap suami jua mempunyai tahap kesabaran yang tinggi juga hormat pada suami tercinta......apabila terlepas cakap cepat-cepatlah memohon maaf dan menyesali perbuatan yang membuatkan sang suami memalingkan muka bila isteri mahu berbicara kerna bila suami tidak memaafkan sang isteri bila meninggal allah akan memperkeraskan penderitaannya dalam sakaratul maut serta di sempitkan kuburnya..........Maka seorang suami telah memberi nasihat kepada isterinya.....
Maafkanlah kesalahanku nescaya engkau kekalkan cintaku padamu dan janganlah engkau bicara saat kemarahanku sedang memuncak
Jangan sekali-kali kau kipasi kemarahanku seperti engkau memukul rebana kerana sesungguhnya engkau tidak mengetahui bagaimana sikap orang yang tidak terkendali
Janganlah engkau banyak mengeluh kerana ia akan mengikis cinta dan hatiku ini akan berubah menolakmu kerana tabiat hati itu tidak tetap
sesungguhnya ku lihat cinta dalam hati ini bila berpadu dengan rasa benci dalam waktu yang singkat rasa cinta itu akan hilang
apabila memikirkan kebahagian berarti memikirkan apa yang terjadi sebelumnya dan apa yang akan terjadi nanti dan sampai batas tertentu berfikir terlalu jauh itu boleh mengusik kebahagiaan itu sendiri......
KECURANGAN dalam rumahtangga sering dikaitkan dengan para suami.Namun para isteri juga tidak ketinggalan melakukan perbuatan yang serupa.Walaupun perbuatan tersebut ada kalanya bersebab dan mungkin berpunca daripada sikap suami sendiri,namun jangan cuba bermain dengan api kerna kelak ia membakar diri dan di dalam Islam kita di larang sama sekali menduakan suami.Jaga tatasusila peribadi diri dan berbanyak la berzikir kepada allah.Ini hanyalah contoh-contoh WANITA yang curang :- 1. KEGAGALAN SUAMI MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB Isteri adalah amanah dan tanggungjawab kepada suami untuk di bimbing dan di didik.Sikap lelaki yang lebih mengutamakan kecantikan dan kekayaan harta benda berbanding ketinggian agama dalam memilih isteri menjadi faktor utama berlakunya kecurangan terutama apabila suami gagal menjalankan tanggungjawabnya sebagai pembimbing dan ketua keluarga. 2. PERASAAN INGIN DI HARGAI Sudah menjadi sifat semulajadi isteri ingin sentiasa di hargai dengan apa yang telah beliau lakukan tanggungjawab terhadap suami dan anak-anak.Jadi suami haruslah memberi belaian,pujian dan interaksi yang berkualiti kerna ia kan membuatkan si isteri berasa dihargai dan di perlukan.Ramai suami yang lokek untuk memuji isteri sehingga ia merasa tidak di hargai. 3.BOSAN DAN KESEPIAN Ramai suami secara tidak sedar dan alpa membiarkan isteri kesepian dan keseorangan kerana sibuk memenuhi tuntutan kerjaya.Mereka lupa bahawa isteri memerlukan masa berkualiti untuk bersama dengan suami dan anak-anak.Di sebabkan faktor ini jika suami lupa untuk mendidik isteri tentang akhlak dan hukum-hukum agama ia mudah membuat si isteri alpa dan bermesra dengan lelaki lain dan bertindak curang. 4.KEPERLUAN SEKSUAL Apabila isteri tampil menarik dan menawan di hadapan suami jangan lah di abaikan kerana apabila tiada tindak balas yang setimpal menyebabkan isteri rasa tidak dihargai dan ini apabila ada lelaki lain yang memuji maka berlakulah kecurangan.Maka perlulah di jaga hubungan suami isteri dan nasihat isteri cara penampilan diri yang menutup aurat dan sopan
BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM adalah sangat singkat namun kadangkala
sangat sulit untuk di ucapkan. Dalam hadis Rasullullah dikatakan:
Barang siapa yang membaca BISMILLAH... sebanyak 21 kali
sebelum tidur maka:
1. Dia akan dihindari dari meninggal dlm keadaan terkejut.
2. Dia akan dihindari dari meninggal/bahaya tenggelam.
3. Dia akan dihindari dan dilindungi dari bahaya kebakaran.
4. Dia akan dihindari dan dilindungi dari bahaya rompakan..
Monday, May 25, 2009
"ALLAH memudahkan laut bagi kegunaan kamu, supaya kapal-kapal belayar padanya dengan perintahnya (izinNya). Dan supaya kamu mencari rezeki dan limpah kurnianya dan juga supaya kamu bersyukur. Dan dia memudahkan untuk (faedah dan kegunaan) kamu segala yang ada dilangit dan dibumi (sebagai rahmat pemberian) daripadaNya" (surah Al-Jasiah ayat 12-13)
Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.
Diantara tanda-tanda roh telah keluar dari jasad tubuh seseorang antaranya adalah: 1. Terhulur kakinya 2. Terbuka tapak tangannya 3. Condong hidungnya 4. Tegang kulit mukanya 5. Turun sedikit pelipis (diantara telinga dan mata) 6. Berhenti denyutan nadi dan pernafasannya 7. Jika orang yang dipatuk ular dan seumpamanya sukar diketahui mati ataupun tidak. Cabutlah mana-mana bulu daripada badannya dan lekatkan pada sesuatu benda. Jika masih terlekat bermakna dia belum mati dan begitulah sebaliknya. Kesimpulannya adakah kita sudah bersedia untuk menunggu saat kematian? Tidak berguna lagi segala kesenangan atau kekuasaan setelah tanda-tanda seperti diatas terdapat pada kita. Kalau jasad kita sudah terkujur kaku, hanya amal soleh sahajalah yang berguna untuk bekalan…
Lelaki soleh dapat didefenasikan sebagai seorang lelaki muslim yang beriman, seorang mukmin, bersih juga sentiasa berusaha menjauhkan diri dari perkara-perkara yang mendorong kearah kemaksiatan. Ciri-ciri Lelaki soleh seperti yang dimaksudkan oleh Al-Quran dan Hadis
1. Sentiasa taat kepada Allah dan Rasulnya 2. Jihad fisabilillah adalah matlamat hidupnya 3. Mati syahid adalah cita-cita hidup yang tertinggi 4. Sabar dalam menghadapi ujian dan cabaran daripada Allah 5. Ikhlas dalam beramal 6. Akhirat menjadi tujuan utama hidupnya 7. Sangat takut kepada ujian Allah dan ancamannya 8. Selalu memohon ampun diatas segala dosa-dosanya 9. Zuhud dengan dunia tapi tidak meninggalkannya 10. Solat malam (sunat) menjadi kebiasaannya 11. Tawakkal penuh kepada Allah dan tidak mengeluh kecuali kepada Allah semata-mata 12. Sentiasa berinfak samada ketika dalam keadaan lapang mahupun sempit 13. Menerapkan nilai kasih sayang sesame mukmin dan ukhwah diantara mereka 14. Amar maakruf dan nahi mungkar iaitu mengajak kearah kebaikan serta meninggalkan kearah kejahatan 15. Sangat kuat memegang amanah, janji dan rahsia. 16. Seorang pemaaf dan berlapang dada dalam menghadapi kejahilan manusia 17. Sentiasa saling mengingatkan antara sesama saudara dan bertawadhuk penuh kepada Allah.
Cuba kita renungkan sejenak tentang diri kita. Adakah kita antara yang tergolong didalam ciri-ciri diatas? Tanya diri sendiri.., kalau ya alhamdullillah… kalau belum usahakanlah kearah itu Insyaallah…
* Isteri yang sentiasa mencintai dan menghormati keluarga suaminya seperti mana ia menghormati dan menyayangi keluarganya sendiri. * Isteri yang sentiasa menjaga aurat dari pandangan yang bukan mahramnya dan pandangan matanya sendiri. Tidak membenarkan lelaki bukan mahram memasuki rumahnya ketika ketiadaan suami. * Isteri sedia menjadikan suami sebagai ketua dalam rumah tangga mereka. Ini kerana sifat semulajadi itu Allah anugerahkan kepada lelaki. * Isteri sedia memberikan kesetiaan, ketaatan dan kepatuhan kepada suaminya selagi suruhan suami tidak bertentangan perintah agama. * Isteri sedia memberikan layanan dan kasih sayang yang sepenuhnya sehingga membuatkan suami berasakan rumah tangganya adalah tempat untuk mendapatkan ketenangan dan kebahagiaan dari sebarang masalah kerja. * Isteri yang sentiasa menjaga rahsia dan maruah suaminya, begitu juga dengan maruahnya sendiri ketika ketiadaan suami. Isteri mestilah memohon keizinan suaminya untuk keluar dari rumah atau untuk mengerjakan puasa sunat. * Isteri mestilah bijak menguruskan harta suami dalam berbelanja dengan kadar sederhana dan tidak membazir. Cara ini dapat menyelamatkan suami daripada masalah kewangan. * Isteri yang sedia menerima pemberian suami dengan penuh keikhlasan dan kerelaan. Isteri tidak meminta sesuatu yang suami tidak mampu menunaikannya. * Isteri yang sentiasa bersyukur dan tenang, sama ada menerima nikmat atau dugaan daripada Allah. Sedia melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu serta perintah Allah dengan tabah dan sabar. * Berdiam diri sambil mendengar bila suami bercakap. * Isteri yang sedia melayani dan memenuhi kehendak batiniah suami bila diperlukan. * Isteri yang sentiasa menghias diri bila di hadapan suami dansebaliknya pula bila ketiadaan suami. * Isteri yang sentiasa mendahulukan keperluan suami dari keperluannya sendiri. * Isteri yang sentiasa bersikap malu terhadap suaminya, bersopan santun dalam perkataan dan juga perbuatannya. * Isteri yang menemani suaminya ke muka pintu bila ia hendak keluar dan menyambutnya dengan senyuman bila ia pulang.
Sabda Rasulullah SAW: Orang yang mengusahakan bantuan (pertolongan) bagi janda dan orang miskin umpama berjihad di jalan Allah dan ibarat orang yang bersolat malam. Ia tidak merasa lemah dan umpama berpuasa yang tidak pernah berbuka.H.R Al-Bukhari
Adik-adik, rakan-rakan dan pelajar-pelajar yang saya kasihi sekalian. Tahukah anda solat lima waktu sehari semalam merupakan tiang agama. Jika anda meninggalkan walau satu pun solat tersebut maka runtuh lah tiang agama kita. Bila runtuh tiang agama maka hidup kita akan menjadi terumbang-ambing dan sia-sia sahaja. Jadi kita sebagai seorang muslim sejati hendaklah memelihara solat lima waktu kerana solat inilah yang memelihara kita dari melakukan perkara-perkara lain yang boleh merosakkan akidah seseorang.
Adik-adik, rakan-rakan dan pelajar-pelajar yang saya kasihi, tahukan anda bahawa jika kita meninggalkan solat lima waktu ini, Allah akan memberi 6 balasan/siksaan semasa kita masih hidup di dunia, 3 siksaan semasa sedang nazak dan 3 lagi seksaan semasa di dalam kubur.
6 balasan semasa hayat di dunia :- Hilang berkat umur seseorang. Tiada tanda umat yang soleh pada air muka seseorang. Muka nampak hitam dan tidak berseri Tiada mendapat pahala atas amalan lain yang dibuat. Doa tidak diangkat/ dikabulkan oleh Allah. Tiada termasuk dalam bahagian doa orang-orang yang soleh. Keluar roh tanpa Islam.
3 siksaan semasa sedang nazak :- mati dalam keadaan yang hina dan aib. mati dalam keadaan teramat lapar. Mati dalam keadaan yang teramat dahaga
3 siksaan semasa dalam kubur :- disempitkan kuburnya dinyalakan api didalam kuburnya dihantar sejenis ular yang akan mematuk, menggigit dan membelitnya sehinggalah hari kiamat.
Begitulah adik-adik yang saya kasihi, amat menakutkan sekali jika kita tahu betapa dahsyatnya balasan dan siksaan terhadap orang yang tidak menunaikan solat lima waktu. Jadi sama-samalah kita mulai dari ini dan saat ini agar sentiasa ingat-mengingati antara satu sama lain agar sama-sama menjaga ibadah ini semoga hidup kita akan diberkati oleh Allah dunia dan akhirat. InsyaAllah.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Demi Allah, sesungguhnya aku meminta ampun dan bertaubat kepadaNya setiap hari lebih dari 70 kali.Sabdanya yang bermaksud: Wahai manusia, Bertaubatlah kamu kepada Allah! Sesungguhnya Aku bertaubat kepadaNya setiap hari 100 kali.Sabdanya yang bermaksud: "Sesiapa yang membaca:
Maksudya: Aku minta ampun daripada Allah yang tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain daripadaNya, yang hidup dan yang menguruskan makhlukNya dan aku bertaubat kepadaNya.nescaya Allah ampunkan dosanya sekalipun dia telah lari dari medan peperangan”.Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud: Waktu yang paling hampir antara Tuhan dengan hambanya ialah pada akhir malam. Kalau kamu mampu untuk berzikir kepada Allah pada waktu itu hendaklah kamu lakukan.Sabdanya yang bermaksud: Keadaan yang paling hampir antara seorang hamba dengan Tuhannya ialah sewaktu dia sujud. Maka perbanyakkan doa pada waktu itu.Sabdanya yang bermaksud: Sesungguhnya hatiku lupa (tidak ingat kepada Allah) dan sesungguhnya aku meminta ampun daripada Allah setiap hari 100 kali.
Buat peringatan untuk kita yang sentiasa 'sibuk' /mencari alasan.... dll
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh...
Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat tu, adalah dosa besar, dan malahan lebih hina drpd khinzir.. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat spt yg dikisahkan pd zaman NabiMusa A. S. Begini kisahnya... pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yg sudah berumahtangga , dia tak de .. zuriat lalu, terdetik dlm hati dia (nazar), "kalau aku dpt anak, aku akan minum air kencing anjing hitam. " Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Bila dah dpt anak, laki ni pun runsinglah... Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam. Syariat pd zaman Nabi Musa berbeza dgn syariat yg turun utk umat Nabi Muhammad. kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yg haram, maka tak payah buat, tapi kena denda(dam) atau sedekah.. Tapi, kalau zaman Nabi Musa, brgsiapa bernazar, walaupun haram, tetap kena laksanakan nazar tu.. lalu, si lelaki yg dapat anak tu, dgn susah hatinya, pun pegilah bertemu dgn Nabi-Allah Musa. Dan menceritakan apa yg terjadi ke atas dirinya.. lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu xpayah minum air kencing anjing hitam, tapi akan minum air yg lebih hina dr air kencing anjing hitam. Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut utk pergi menadah air yg jatuh dr bumbung rumah orang yg meninggalkan sembahyang dan minum air tu. lalu, lelaki tu pun senang hati, menjalankan apa yg diperintahkan oleh Nabi Musa tadi... Lihat.. betapa hinanya org yg meninggalkan solat, sampai dikatakan air yg jatuh dr bumbung rumah dia, lbh hina dr air kencing anjing hitam.. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi.. Menyentuh bab air tangan ni, selalu kita suka makan masakan ibu, isteri kita. Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat , sbb kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan, nasi, dsb.. anak-anak, suami pulak yg akan makan makanan yg dimasak. takkan nak biarkan suami & anak2 gelap hati minum air tangan org tinggalkan solat.. tak gamakkan? tapi.. lain pulak halnya dgn kita ni.. pagi petang.. mamak!! teh tarik satu, roti canai satu.. ada pulak segelintir tukang masak yg tak solat.. kita pun makan bekas air tangan dia.. gelap lah hati kita.. sbb tu liat nak buat keja2 yg baik. beware apa yg kita makan... betapa beratnya amalan solat ni, hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra' Mikraj, sedangkan kewajipan2 lain memadai diutus melalui Jibril a. s. Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kpd Saidina Ali (&utk umat Islam) , "As-solah as Solah wa amalakat aimanukum." maknanya,"Solat, solat jgn sekali kamu abaikan dan peliharalah org2 yg lemah di bawah tanggunganmu." jadi, sama2lah kita pelihara solat kita, dr segi zahir & batinnya, kerana amalan solatlah amalan yg mula2 akan ditimbang di neraca Mizan kelak...
Di dalam kesibukan menjalankan pekerjaan harian, kita kadangkala terasa payah melakukan sesuatu. Bagaimanapun, kita selalu terlupa Allah subhana wa ta'ala berada di samping kita dan telah berjanji akan memudahkan hidup kita jika kita memintanya. Di dalam surah Al-Mukmin ayat 60, Allah menjelaskan: Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina!
Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina!
Nabi Muhammad SAW merupakan nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT untuk membimbing manusia ke arah jalan kebenaran. Tidak seperti umat nabi-nabi yang lain, umat nabi Muhammad telah diperintahkan untuk mengerjakan solat 5 waktu setiap hari. Ini merupakan kelebihan dan anugerah Allah SWT terhadap umat nabi Muhammad dimana solat tersebut akan memberikan perlindungan ketika di hari pembalasan kelak. Berikut diterangkan asal-usul bagaimana setiap solat mula dikerjakan. Subuh: Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s. iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat. Rakaat pertama: Tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam.Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma. Zohor: Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s.. Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat. Rakaat pertama: Tanda bersyukur bagi penebusan.Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.Rakaat ketiga: Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah SWT.Rakaat keempat: Tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas. Asar: Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s. tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada 4 kegelapan iaitu: Rakaat pertama: Kelam dengan kesalahan.Rakaat kedua: Kelam dengan air laut.Rakaat ketiga: Kelam dengan malam.Rakaat keempat: Kelam dengan perut ikan Nun. Maghrib: Manusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s. iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukur Nabi Isa, lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu: Rakaat pertama: Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.Rakaat kedua: Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.Rakaat ketiga: Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah SWT semata-mata, tiada dua atau tiganya. Isyak: Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s.. Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur. Rakaat pertama: Tanda dukacita terhadap isterinya.Rakaat kedua: Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.Rakaat ketiga: Tanda dukacita terhadap Firaun.Rakaat keempat: Tanda dukacita terhadap anak Firaun
Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.
-
Tinggal beberapa jam lagi kita akan dapat PM 8. Istana sudah menamakan Tan
Sri Muhyidin Yassin merangkap Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia
(PPBM...
Terbaru!Artis Terkenal Ini Ditahan Polis.Apa Kes??
-
[image: exist]
Penyanyi kumpulan pop rock ditahan polis kerana positif dadah syabu
Bekas penyanyi kumpulan *Ezad Exist* ditahan polis tengah hari tadi kera...
LAZIMILAH MEMBACA AYAT QURSI
-
Bismillahirrahmanirrahim, assalamu'alaikum wbt.
Ayatul kursiy mengandungi khasiat yang besar. Dikatakan terdapat 99 buah
hadith yang menerangkan fadilatn...
-
Fadhilat Membaca Surah Yassin. Sudahkah anda semua membacanya?
Rasullulah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :
Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi...
Lawatan kerja Presiden PAS ke empat negeri
-
K
UALA LUMPUR, 11 Feb: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
akan mengadakan lawatan kerja ke empat buah negeri selepas sambutan Tahun
Baru C...
DEFINISI SEBENAR PEMBANGUNAN
-
Apakah yang dimaksudkan dengan pembangunan? Mungkin pelbagai takrifan yang
akan diberikan masyarakat. Pembangunan juga akan memberi pengertian yang
berbeza...